MY CONVOCATION DAY

18 September 2017



Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor.









Hari ini ialah hari yang mendebarkan bagi saya. Macam2 perasaan time tu. Sedih ada gembira pon

ada. Semua la bercampur2 perasaan ni.



Sebelum ni pernah je konvo time SPM dulu. Tapi rasa dia sangat berbeza.


Bezanya lah kan pada pendapat saya, waktu SMK dulu kita x tidur dan hidup bersama2 compared

dgn life students bila further study.



Kat U kita belajar sama, makan sama, tidur sama, nk dikatakan semua nk buat sama2.



Tu yang bila da habis belajar rasa mcm sedihnya semua ni dah berlalu.



Rindu jangan cakaplah kan . haha






ok BACK TO MAIN TOPIC






Waktu yg paling penting tu adalah apabila saya melihat wajah gembira dan excited Mak Abah dan

Abang.



Even diaorang pandai sorok perasaan diaorang tu, tapi hati seorang anak boleh tau apa yg tersirat

dalam hati mereka. ye dakk ??haha



Kami ni bukan dari orang yang berada, Kami hanya lah keluarga yang berniaga di Pasar Malam.


18/9/2017 merupakan hari isnin. hari berniaga kami. tapi Mak kata "x payah niagalah" sbb nk tengok

puteri emas dia bergraduasi.



dalam hati ni hanya Allah saja yang tau betapa gembira, sedih, terharu (semua adalah )



yang abang2 saya pon, diaorang pon nk tgok adik dia ni naik pentas ambil segulung Diploma. walhal

malam tu diaorang balik pagi2. tapi sanggup bangun juga untuk ikut pergi convocation day saya tu .



Btw, abang2 saya tu adalah manusia yang paling susah nk bangun. tapi pagi tu kejut sekali je da

bangun. kalau x tendang katil pon x nk bangun haha.




ok. pagi2 tu rancang nk bangun jam 4 pagi. tapi malangnya, kami semua terulit dgn buaian mimpi.

sehingga jam 5 huhu.  sbb graduan kena sampai sebelum jam 7.30 pagi. so, semua bersiap dgn

pantas. make up satu apa pon x pakai. bhahaha



sesampai je kat PSIS. berlari ke SUSUR GAJAH (tempat jalan kaki bebumbung) semua orang da

beratur. x tau la knp namanya susur gajah. haha . time dlam kereta, ramai yang call2 mana x sampai

lagi ke ? da nk masuk dewan dah... saya pon mcm hantu la gelabahnya . haha




da sampai je terus lompat keluar dari kereta sambil pegang jubah dengan mortaboard lari sepantas

kilat dan beratur . tga2 lari mcm Ying (BOBOIBOY) . diaorang nmpak terus jerit cepatlah . hahha

dalam hati, diaorg ni sayang betul kat aku . bhahaha.






so sampai je terus sarung jubah n diaorang tolong pasang mortaboard kat kelapa. nasib sempat .huh

selamat bhahaha.


sempat wefie time tga beratur nak masuk dewan tu .bhahaha .
btw, mereka adalah roomates saya 2 tahun. love them so much.. sayang sgt mereka yang boleh terima baik buruk, selalu kejut g kelas , semua lahhh !! sayang sgt ....



ok then, terus masuk dlm dewan n seat ikut number masing2.

ucapan.... ucapan... dan terus ucapan....



hahaha




sampai masa untuk penyampaian sijil diploma tu . huh berderau darah balik . bhahha da la muka x

semegah, barai bhahah almaklum lah x cukup tidur la katakan . mata bengkaknya. ish2 x patut2 .

haha




bila sampai je atas pentas . alamak nmpk muka sendiri kat tv ... bahhaha





itu adalah fail yang berisi transkrip dan pemplet Majlis Konvo Psis.






ini pula adalah, Pingat Ketua Jabatan(PKJ), siapa yang akan pakai benda ni, maksudnya dia adalah calon dekan yang akan pakai di kanan jubah 




mak dengan abah mesti bangga kan kat bawah tu . (hati ni berkata) huhu perasaannya kau kaa bhahah



ini adalah pertama kali Abah datang tgok mcm mana bergraduasi . tapi mak pernah pergi untuk majlis

konvo anak buah dia (aka my sedara) haha. so mak tau la serba sikit pasal konvo ni la .




tapi mesti lain punya pegi majlis anak sendiri dgn orang lain punya . betui dak ? huhu




hahaha

ya allah, x mampu untuk diungkapkan dengan kata2. bila teringat je rasa nak nangis .(saya ni ciwek

skit) huhu


mereka adalah nyawa ku, yang paling sayang . tanpa mereka siapalah aku. 

mereka yang selalu memberi semangat dan sokongan dikala jatuh bangkitku. terima kasih allah kau 

kurniakan insan yang sangat istimewa ini kepada aku.







dalam hati ni, lepas ni in shaa allah mak akan datang majlis Konvo anak mak kat UKM bangi ni . in

shaa allah. semoga allah permudahkan segalanya , panjangkan umur, murahkan rezeki, permudahkan

segala urusan dunia dan akhirat.



bila masuk ukm ni, dunia saya 100% berubah . saya lebih murung dan banyak menangis memikirkan

banyak benda dlm otak ni. Mungkin saya takut dgn kehidupan di Universiti ini yang sepenuhnya

berbeza dengan kehidupan di Politeknik dulu.



tapi saya x boleh mengalah  !!! bukan mudah untuk masuk ke UKM ni. why i need to give up upon

 on this barriers ? sepatutnya kena lagi bersemangat dan bersungguh-sungguh.



harapan saya, ialah saya dapat membanggakan mak ayah saya lagi lepas ini dengan majlis Konvo di

UKM ini nanti.



saya akan bertahan demi mereka yang bersusah payah membesarkan dan memberi segalanya untuk

saya terus melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik.




doakan saya ye korang. muahhhh






disamping itu, disebalik kejayaan mendapat Diploma ini, saya juga dibantu oleh Penasihat Akademik (PA) aka ibu kami di PSIS. beliau adalah yang memakai tudung kuning yang comel sangat. 
TQ MISS SELA for everything u have done to us n i love u so much ,, muaahhh 




tidak lupa juga kepada sahabat saya NUR AL- HAKIM (bijaksana) 
tq korang sebab mengajar apa itu sebuah persahabatan, yang ada dikala susah senang, korang juga la yg ajar untuk cuba sesuatu pengalaman yang baru.

ingat girlss, korang x de sape boleh ganti. korang adalah korang . even semua akan buat hal masing2 lepas ni. please ingat that i will remember n miss u guys a lot.... tq korangggg !!!!!






sekian terima kasih.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

kursus yang ada di UKM

Nir Tepung Pelita

Gemuk sakit 😢